Smart Meter TNB | Smart Meter TNB

Thursday, May 27, 2021

Smart Meter TNB


Smart Meter mendidik penguna jadi bijak! 

    Dengan kepesatan dunia, meter elektrik tidak lagi di baca secara manual oleh pembaca meter pada setiap bulan. Iaitu meter analog sebaliknya menggunakan smart meter ( meter pintar ). Smart Meter adalah salah satu cara meter yang berteknologi tinggi, dimana ia mampu memantau penggunaan elektrik di rumah mahupun premis anda. Ia di gelar smart meter kerana berkebolehan membaca meter dari jarak jauh dengan tepat dan pantas. Anda juga boleh membuat perbandingan terus bacaan meter ke applikasi MyTNB.

    Smart meter ( meter pintar ) juga boleh di pantau penggunaan elektrik secara harian melalui aplikasi MyTNB. Secara tidak langsung, tiada lagi isu kekeliruan bacaan bil .Bukan itu sahaja, melalui applikasi nya anda juga boleh melakukan pembayaran bil elektrik secara dalam talian. Selain memudahkan pembayaran dalam talian, maka ia sangat bersesuaian dengan isu pandemic covid19. Ia dapat menyelamatkan nyawa dari bersesak semata-mata untuk melakukan pembayaran secara manual di kaunter.

    Anda juga dinasihati untuk memahami penggunaan elektrik dalam erti kata lain waktu puncak. Perlu kita ketahui waktu puncak dan luar puncak. Waktu puncak penggunaan elektrik dari 8.00pagi hingga 10.00 malam. Manakala, waktu luar puncak pula jam 10.00 malam hingga 8.00 pagi. Rata-rata pengguna menyalahkan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan isu bacaan naik mendadak, walhal mereka gagal memahami dua faktor ini. Di samping itu juga, pengguna perlu bijak dengan erti kata lain jimat kadar penggunaan elektrik. Kurang kan penggunaan elektrik ketika waktu puncak. Mencabut plug peralatan elektrik setelah tidak digunakan lagi.

    Selain daripada itu, dengan adanya Smart Meter ia dapat mengurangkan jumlah gangguan dan kegagalan elektrik di seluruh sistem. Juga dapat mengurangkan pembaziran bil elektrik daripada berlaku. Andai kata, jika ada individu yang tidak membayar bil elektrik. Maka pemotongan akan di lakukan secara automatik tanpa notis.  Tenaga elektrik juga  akan di salurkan  kepada mereka yang memerlukan pula.

    Faedah pemasangan Smart Meter bukan sahaja kepada individu ,bahkan kepada alam sekitar. Ia dapat menghalang keperluan loji janakuasa baru yang menghasilkan gas rumah hijau , yang mana ia akan menimbulkan pencemaran iaitu risiko kepada kesihatan. Selain itu juga, sistem ini berjaya   mengurangkan kos pekerjaan yang mana pekerja perlu memeriksa dari rumah ke rumah bagi mencatat tenaga yang digunakan setiap bulan. Sebaliknya ia akan terus sampai bacaan meter kepada TNB. Tujuan lain Smart Meter di cipta kerana kes TNB mengalami kerugian berbilion disebabkan kecurian elektrik yang berleluasa beberapa dekad.

    Keberkesanan pemasangan smart meter telah berjaya membuktikan bahawa pembaziran dapat di elakkan kerana sistem ini memaklumkan berapa kos semasa penggunaan peralatan elektrik yang ada di rumah anda dalam tempoh tertentu.

    Sebaik sahaja Smart Meter dipasang, bacaan meter akan terus  di baca secara automatik serta terus di hantar kepada tenaga.  Bacaan meter secara tepat dan bukannya secara anggaran lagi. Maka, tiada lagi isu ketidakpuas hati di kalangan pengguna.

    Dunia digital bukan sahaja kepesatan terhadap teknologi canggih seperti komputer dan smartphone, malahan ia juga berkait rapat dengan tenaga elektrik yang menyambungkan kita dengan dunia luar. Tanpa tenaga elektrik, ekonomi pasti akan lumpuh. Kerana ia sudah menjadi sebahagian dalam  hidup. Dan lebih bijak bacaan meter telah mempunyai sistem yang cekap dengan adanya smart meter.

No comments:

Post a Comment